My photo
Bila otak dah penuh dengan benda yang nak ditulis.. Disini bermula nya karangan cerita yang panjang lebar..ngeh ngeh

Sunday, December 18, 2011

Mission Accomplished!!

MOvie minggu ney yang aku pergi tonton selepas Breaking Dawn...Mission Impossible : Ghost Protocol..hohoho

dang dang dang dang...* bunyi suspen~~~~~....macam weird jew bunyi dier

**Aku nak update cepat-cepat sebab terasa otak aku bakal kejang dalam masa 5 minit..huhu...

Sebenarnya MI 4 ney tak ada dalam wish list wajib tonton aku pun...tapi oleh kerana ada member sudi belanja aku ikot jew la..* rugi tolak rezeki man  hencik oiiii....

Bila start jew movie, Aku terus senyap...sampai member sebelah ingat aku tido...sebenarnya tidak...aku terkedu & fokus because cerita dier from the starting pown dah gempak...read my lips GEMPAK!!

Jatung aku tak berhenti berdegup & banyak kali gak la aku rasa macam nak kena sakit jantung...Stunt2 yang diorang buat memang terbaik lah...aku memang suka tengok citer suspen2 ney...*tu yang cepat kena sakit jantong...

Salah satu kenapa aku cakap filem ni gempak..for sure because gadget2 diorang guna...perghhhh...

rasa nak pergi tengok lagi..
hehehe
Mission yang diorang kena jalankan sendiri
tanpa orang atasan..
 Gayat tak??...
kecut usus perut aku tengok
Lepas habis jea movie ni aku boleh tersenyum sorang2...mesti pelik jea orang keliling tengok..kisah plak...*sebenarnya ngah cover muka cuak & malu...rasanya dalam wayang tuu banyak kali aku menjerit..haha..nak kata tengok citer seram tak...muahahaha


Ok jom ramai2 pergi serang wayang...*berlari sambil bawa obor bukan obor -obor!!...agagagaga


XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, December 13, 2011

Matluthfi & Anwar Hadi ??

Duk godek2 youtube, tiba-tiba leh terjumpa video yang bagi aku agak chumel la...

hahaha...Awesome kan??..

Farid Firad as Anwar Hadi
Izzat Syazwan as Matluthfi

ini plak diorang punya Facebook Fanpage...:)

Anyway jom tengok video latest dari Matluthfi..tak la latest mana...dah 3 minggu dier download..aku yang lambat..hehe..Aku suka mesej ayng dier sampaikan dalm video ney..its really sweet...thumps up!!



XOXO
Shahidayaacob

Wordless Wednesday #19

Wordless Wednesday #19
Unique


XOXO
Shahidayaacob

Sunday, December 11, 2011

Weddingz Month

pak pak kelebung kelebung ( bunyi kompang )
kompang dipalu pengantin malu...
Duduk bersanding tersipu malu...
Kompang dipalu pangantin malu...
Moga bahagia ke anak cucu...

cewahhh..aku plak yang excited lebih ney..orang lain yang nikah aku plak yang nervous..haha...Oleh kerana bulan ni cuti sekolah, so banyak la kenduri kawin yang akan berlangsung..Seronok la dapat makan nasi minyak..huhu

11/12/2011, Alhamdulilah akhirnya member aku Afiqah yang kiut miut selamat menjadi isteri orang...


Apa rasa...nervous tak pengantin lelaki??
Pelamin dier sweet sangat
bersama famili
Bagai pinang dibelah dua
 g Aku rasa ni boleh dikira Reunion budak2 ID kowt...coz ramai gak la member yang dapat menghadirkan diri...rasa best sangat bila dapat berkumpul macam ney..bila lagi kita boleh jumpa??..huhu

Free Style la konon
:)


Masa untuk Pulang
tengah jalan pown jadi lah
XOXO
 Lagi sorang member aku, Leezah selamat menjadi tunangan sorang...Tahniah babe..sorry sangat aku tak dapat attend..huhu

Balik dari kenduri terus pergi menyerang rumah wawa..dah ada orang ajak makan buah free...Rugi kalu tolak rezeki..hehe..tapi OTW pergi sana..something that NOT too bad happen..i guess..huhu...still rasa seram sejuk sampai sekarang kowt..tapi alhamdulilah semuanya selamat..to my sayangg..jangan risau sangat ok..Baby2 awak tuu tak teruk sangat..hehe

Dah sampai rumah wawa, Kitaorang mula la tak tentu arah..nampak banyak gila buah rambutan yang dah merah atas pokok...heel tak heel..pakai baju kurung pown redah pergi petik buah...best kowt... 

Again thanx to wawa yang sudi pelawa kitaorang datang makan buah...hehe..nanti rasa nak makan rambutan boleh la pergi serang rumah wawa ( muka tak malu memang cam ni)..hak hak...tiba2 rasa nak balik kampong..huhu


Dedicated this song to my  friends yang dah bergelar suri rumah tangga...:)

XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

Pantang Larang Orang Tua Haku!!

Pagi ney aku punya mood nak berkerja tak berapa nak ada...mengantok + penat..(padalah cukup jew tido)
masuk jew kerja ngan muka selenga mengadap PC, terus ke pantry buat air nescafe, Bajet boleh hilangkan ngantok..tapi hampeh...sama gak..sakit perut lagi ada...

Cara yang terbaik dengar lagu or cari video yang boleh hilangkan ngantok & stress..masuk Jew Youtube..terus terjumpa video Mr AmanWan yang baru diupload semalam..apa lagi dengan bersungguh2 la aku nak tengok...dengan harapan boleh hilangkan ngantok aku yang makin parah ney


Ok..dier berjaya buat perasaan mengantok aku hilang..Now rasa bersemangat skit nak kerja..hahaha...Alasan!!

Tapi bila buka pasal pantang larang orang tua - tua aku rasa memang banyak...Antara yang paling selalu aku dengar :

Jangan menyanyi kat dapur..Nanti dapat laki tua...
Jangan pakai payung dalam rumah, Nanti ular masuk...
Jangan duduk atas bantal, Nanti dapat bisul...
Jangan bergendang or Bersiul, Nanti ular masuk...
Jangan Mengintai orang, Nanti mata naik bisul...
Habiskan nasi, Kalu tak nanti dier nangis...
Anak dara jangan suka duduk depan pintu, Nanti orang nak meminang tak lepas...

Ada lagi tak pantang larang yang korang taw??...semua pantang larang ney diorang buat ada sebab..contohnya jangan nyanyi kat dapur..yew la kalu korang dok layan nyanyi lagu...++ sambil berangan konon2 membuah persembahan di depan orang ramai kan...*macam aku selalu buat jew... memang hangus la makanan yang korang masak..

Dulu masa kecik aku paling suka buka payung dalam rumah...tambah2 dapat main payung kertas..mama dah pesan jangan main payung tuu...tapi aku ney jenis telinga kuali...main jugak!!
Esok nya,aku jumpa ular pokok yang warna hijau tu depan pintu*walaupon tak besar still geli kowt...memang lari tak pijak tanah dah..*ney kalu masok pertandingan larian lompat berpagar boleh jadi juara..hohoho

1 lagi video yang aku suka layan kalu nak hilangkan ngantok or kebosanan tahap mengeget kuku kaki
Sangat chumel dah petah budak tuuu...terus hilang ngantok aku dengar suara dier menjerit masa jumpa Katy Perry...
Orang kata jangan tangkap Gambar dalam tandas, Nanti kena Marah...*hok hok
kat cermin tu dah tulis tak boleh amik gambar..nak jugak...kan dah kena marah ngan mak cik cleaner because tak faham bahasa..hoho..Sorry * sambil buat muker chumel bajet dimaafkan

Eh adakah itu tergolong dalam pantang larang??...


XOXO
Shahidayaacob

Thursday, December 1, 2011

Saya Sayangkan Mama!!

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak 
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak 
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak 
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak 
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak 
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak 
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak 
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak 
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak 
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak 
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak 
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak 
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak 
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak 
Yang selalu puji aku , Mak 
Yang selalu nasihat aku , Mak 

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri 

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku 
Bila sedih , aku cari , Mak 
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku 
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak 
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku 
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku 
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku 
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak 
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya 

Bolehkan ida hidup tanpa mama disisi...rasa perit sangat nak berjauhan dengan mama...
XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, November 29, 2011

Wordless Wednesday #17

Wordless Wednesday #17
Jacob Black in Breaking Dawn!!

XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, November 23, 2011

Misi Yang perlu Dilaksanakan!!

Pernah tengok 300 before ni?? Bagi aku 300 ney best la...berkisah kan puak sparta yang mampertahankan negara mereka dari dijadikan hamba..
so bila Immortals ni release rasa bersemangat la nak tengok..bajet best macam 300..because pengarah yang sama (tak silap lah)..bila dah masuk panggung, start jew cerita mula excited..tak dapat duduk diam ha...afer 1 hour...mula rasa nak kuar wayang...yang part aku rasa pelik..boleh plak dewa/tuhan diorang menjelma depan2..siap bagi nasihat lagi ha..

''only for this time i will help you..start to stand on your own feet''


Tak adalah best sangat...biasa-biasa je la...erm...tak ada la best tahap gaban...dah beli tiket so duduk jew la menikmati cerita dengan tekun...aku ney dah la ada kencing manis, boleh plak banyak aksi ganaz-ganaz..mula la rasa seram2 sejuk..banyak kali gak la aku tutup mata..macam pergi tengok cerita hantu...

Rasa nak gugur jantong tengok immortals ni...Ngeri lebih..harapkan pelakon je la yang chumel2...tu yang dapat bertahan lama...hohoho *huk *huk

macho gila
Hero bersama Epirus bow yang memang power gila
1 panahan boleh merobohkan kubu pertahanan kowt
Heroin yang boleh tengok masa depan...pergh!!
Hari ni Breaking Dawn & Puss in Boots release...hohoho...
Citer yang memang aku nak sangat tengok
Breaking Dawn aku kena tengok from first movie...huhuhu...nanti pergi tengok mula la tak faham...sebelum kena tendang keluar dari wayang bagi aku research dulu..hohoho...bila dah faham tengok tak rasa macam pelik sangat...

So minggu ni, misi menonton cerita twilight sampai habis!!...


XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, November 22, 2011

Monday, November 21, 2011

Feelings that I could not imagine right now...*wink *wink

Hari aku rasa gembira sangat2..tak taw la sebab apa..maybe because Malaysia menang kowt..hahaha..tu yang bersemangat nak pergi kerja...

Harimau Muda Baham Garuda!!

Semalam sanggup tunggu smpai habis game...Penalti la yang paling cuak...nak tak nak kena tunggu gak...Akhirnya Alhamdulilah berjaya juga harimau melaya...*Auuummmmm

Saat2 genting yang penuh  bermakna bagi Malaysia..Tahniah!!



Lawak yang sangat Chumel

Ketibaan Hero2 Malaya
Dan pada masa yang sama aku pun rindu dekat adik aku yang berada di labuan...entah bila nak balik...huhuhu...sedih la bila dengar dier tak diberi makan...if kena basuh baju tu semua kira normal..tapi tak diberi makan...hurm..then kna buat kerja berat...

Hope dier kuat berada si sana...Kami semua mendoakan yang terbaik untuk Kamal...
His Convocation
Bodyguard ku di masa hadapan
before berangkat ke labuan

XOXO
Shahidayaacob

Monday, November 14, 2011

Fasyalyshira BerGabung!!

kali ni kami semua bergabung, bersatu semula di genting..trip to PD tak ckup sorang..so kali ney kami cukup berlima...alhamdulilah...

First thing yang mama tnya bila aku menjejak kaki belah kanan aku ke dalam rumah..

''baru balik dari pantai kew??...bukan pergi Genting ke tadi??''

''eh mana ada ida g pantai...Betoi mama ida g genting tadi (sambil buat muka chumel), Naper mama?..why? why?''


''Awat muka hang terbakar??''

''APA!!..TERBAKAR??...berlari terus ke depan cermin...YA ALLAH..awatnya jadi lagu ney,huhuhu...kulit ku kemerah - merahan...macam orang balik dari mandi kat pantai''

Tapi kira ok la g panas, that's mean cuaca elok untuk bermain..dari hujan,semua tak dapat main...lagi rugi beli tiket mahal2 tak dapat main semua...

Permainan pertama yang diterjah...main pusing2 sampai pening...
Next : Solero..Game ney la wat aku Demam sampai sekarang..seronok sangat kan nak naik..ha masa trun awat gigil,,kalu menjerit jangan cakap la...bergema suara...
muka cuak dah terserlah
Wajah lega selepas dapat turun dari tempat yang tingi di awang awangan
ceh ceh ayat...
candid...love it 
Finally...pic yang sempurna
Malaysia Next Top Modelito

menunggu giliran dengan penuh sabar
with Baim & fara yang gagah
minah2 telefon..harap maklum
ehem2...lalalala
Now time tok balikkk...bernasib baik..naik jew cable terus hujan turun...terima kasih Allah..huhuhu
 p.s : tak dapat nak masok kan semua pic..sangat bnyak..huhu..nak tengok yang selebihnya..sila terjah FB..huhu...terpaksa mengagah kan diri menghupdate blog...akhirnya berjaya..


XOXO
Shahidayaacob