Alhamdulilah, bulan yang dinanti2, bulan yang penuh dengan rahmat akhirnya tiba. Walaupown tak dapat sambut ramadhan macam dulu.. Dapat Bersahur ngan family, Berbuka dengan family, Cari baju raya ngan mama.. huhu
On the same time still bersyukur dapat menyambut bulan puasa lagi. Terima kasih allah. Kelainan tahun ni yang terasa sangat bila nenek tiada bersama kami. Kalu tak dulu, selalu order makanan best2 dekat nenek.Nak pau la, Roti canai la, Murtabak la. Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Still teringat tahun lepas , Sempat mintak nenek buatkan pau. Tapi nenek dah tak larat on that time..terngiang2 kata dia, ''Nenek tak larat nak buatkan'' huhu.. jangan nangis shida, ko puasa
Permulaan Bulan ramadhan dapat balik kampung, Memang satu permulaan yang sangat2 bermakna bagi aku walaupown hanya untuk 2 hari, Tapi tanpa kakak & Kamal. huhu. Apa boleh buat kakak dah bersuami, Kamal still terikat tanpa tali dekat labuan..huhu
1st day puasa, terus pergi melawat kubur nenek. Sedekah kan al fatihah & bacakan yasin. Semoga roh nenek tenang di sana. Kami sambut bulan ramadhan tanpa nenek buat pertama kali :(
Petang tu sempat kan diri untuk terjah bazar ramadhan.. Memang seronok la kan dapat melihat pelbagai makanan yang dijual..perghhh..tapi sila kawal nafsu.. Akhirnya berjaya membawa balik rangka ayam untuk berbuka.. berjaya kawal nafsu Hak Hak
Muka tahan panas |
Sempat lagi menghalang laluan orang |
Memang sedih sangat nak balik KL, rasa nak duduk sana terus..huhu.. tengok wajah mama yang mengharapkan anak2 dan suami ada untuk berpuasa bersama. ++ kamal yang dah ntah bila boleh balik cuti..huhu
Apa boleh buat, ida kena balik jugak mama, kita jumpa raya yea. Walaupown hati berat tapi gagah kan jua. huhu.
Cousin & wan tersayang |
terserlah kecerian di wajah mereka |
Mama time ni dah gerak dengan pantas pergi parit buntar, Nak beli tiket untuk abah balik. Haish..tak sempat nak snap pic bersama mama..huhu..tak pew. Tiap minggu ida call mama ok. Mama jangan sedih2, ida akan sentiasa sokong & sayang mama. for sure la kan..hik hik
P/S: tudung sama, lalala.. Nampak sngat malas nak bawak tdung lain..lalala..
XOXO
Shahidayaacob