My photo
Bila otak dah penuh dengan benda yang nak ditulis.. Disini bermula nya karangan cerita yang panjang lebar..ngeh ngeh

Thursday, April 19, 2012

Our Extreme Holiday * Part 1

Akhirnya berjaya menjejak kan kaki di Langkawi buat kali ke -2..  tak banyak perubahan, Tapi sangat2 la seronok..Yeay!!!

Setiap tahun kami akan rancang 1 Holiday untuk m'releasekan ketegangan ,kepenatan ,kestressan dan semua ke ke la..hoho

Tahun lepas PD so this year Langkawi.. tahun depan tak taw la...still dalam perancangan..Hope dapat pergi tmpat yang best2 lagi...Jom Visit Malaysia!!

Kami nak merasa naik ferry, So malam Jumaat kami dah start  naik train dari rawang. Percaya tak kami terpaksa duduk dalam train selama 11 Jam untuk smpai ke arau. Ya ALLAH, penat tak nak cakap la, ditambah dengan perisa kesejukan & kekejungan..Dalam pkul 4am baru boleh tido dengan lena, Akhirnya!!

Sampai arau dalam pkul 9am. Sampai jua kitaorang di Bumi Perlis Indera Kayangan selepas mengharungi pelbagai dugaan. So tmpat pertama yang kitaorang kena terjah, Ferry!!

Kami bernasib baik because sampai2 jew dekat jeti, terus dapat ferry, so x payah nak tungu lama2..Amin2, thanks allah.. :)


Dah tiba dengan selamat dekat LAngkawi, Opearsi mencari kereta sewa bermula.. Semua dah keletihan dengan tak ckup tido, perkara pertama lepas check in nak mandi & tido jap...Kami sampai hotel dalam kowl 12pm. So ada masa yang sangat banyak tok rest before keluar berjalan...

Walaupown hotel kami jauh dari town, tapi hotel dier mmg terbaik.. harga pown not bad,so rasa sangat2 berbaloi..Welcome to Aseania resort langkawi...
Anda pemandu yang sangat berhemah sayang
Cari nombor bilik..semua dah terbayang2 tilam yang empuk
Akhirnya, Hotel yang sangat selesa..paling penting, Katil empuk!!
Dah cukup rest. Time untuk keluar shopping & makan makanan fast food yang free tax..hehe

Sempat lagi... 
Memilih kisses..yeay!!
cari someone yang tersorok..haha
Syurga coklat di Haji Ismail Group..sumpah mata rambang ngan macam2 jenis coklat..Bila masok jew mata fokus dekat coklat yang murah2..huhu..rasa nak g beli lagi...Pkir beg kecik jew, kalu tak habis kena angkut..muahaha...Penat shopping Coklat sahaja, terus cari tmpat yang best untuk mengisi perut..Akhirnya jumpa MR KFC..yeay!!!
Please focus to the free tax chicken 
Berjalan mencuci mata di pantai cenang
Peta Pulau Langkawi yang banyak membantu..kowt
walaupown jengket still rendah..ok FINE!!
Hasil usaha bersama..banyak tak??
tangan penuh dengan beg Haji Ismail Group..perghh
Kenikmatan!!
Kepuasan membeli coklat
Kepelbagaian
Ok our 1st day dah penuh dengan aktiviti yang sangat best so balik konon nak bergossip2 la, tapi bila semua dah mandi terus membongkang kat katil yang empuk ++ dibaluti kesejukan aircond yang tak reti nak pasang slow..

So, good nite Langkawi..


XOXO
Shahidayaacob

Monday, April 16, 2012

Extreme Holiday *TEASER*

13 - 15 April 2012 - Langkawi
Tarikh kami pergi holiday ialah sehari selepas dengar berita pasal gempa bumi, Tsunami..tu yang jadi extreme gila.. Walaupown amaran Tsunami di tarik balik, Kami still takot  nak pergi. Huhu.. Tapi kami tabahkan hati pergi memijak kaki ke Negeri kedah, Langkawi. 

Nanti baru nak update. Ambik gambar tak hingat, now nak upload computer hang2..yew la time ni la nak hang kan..huhu


XOXO
Shahidayaacob

Monday, April 9, 2012

Her Wedding..Part 3 * Selepas Di akad Nikah*

 Ok dah setel semua, Dah salam2 dengan Saudara Mara. Now Sessi tangkap gambar *part yang paling saya suka, Dalam semua pic mesti ada muka aku..haha..kalu takot termuntah bila tngok pic aku yang peliks2 sila sediakan baldi atau plastic bag..Senang kalu emergency..haha

Orang dok sedap menjamu selera aku struggle menyiapkan kakak. Nasib baik ada Si Sayang saya, dier la yang tolong menyiapkan pengantin lelaki. Pakai sampin pown dah tak reti..haha..kelekar la..

Dah siap tukar baju, Touch up balik, sembur minyak wangi semua..OK dah boleh start keluar berjumpa orang ramai. Jalan chumel2 yea kakak, jangan jatoh...hoho

Adik2 ku yang kecil..eh silap, Kakak & adik ku..hoho





baik lah



Ha bukan main berminyak lagi muka..huhu
Akhirnya dapat juga pic 1 keluarga..
My wish to kakak :

Tahniah ok.. Dah jadi bini orang pown, so hope happy selalu, Take care of yourself kat rumah mak mertua tu, Klau rajin singgah la rumah abah..huhu..Ida nak anak buah taw by this year..hehe

Even kita selalu gadoh but 1 important that i want you to know, You are the best sister i have. Ida bangga ada kakak yang sayang adik dier, even ada hal tetap akan cari masa untuk tolong adik..Tak berkira. and banyak lagi..Saya dah nangis...huhu...i hate this feelings

XOXO
Shahidayaacob

Her Wedding..Part 2 * Semasa Di akad Nikah*

Sudah Kahwin kew belom
Baru jumpa dah senyum
Macam bunga sekuntum
Bau sedap dicium

Cuba teka lagu apa?? haha..sapa kalu pandai teka memang terbaik la..hoho...

This part will be the best part ever.. i think..Selalu tngok dalam video jea, Now realiti.. depan mata babe tngok orang yang kita kenali di ijab kabul..Aku yang tak kawin pown nebes gila..tambah2 bila kakak dok gengam tangan aku tanpa rasa simpati *rasa2 macam ada dengar bunyi tulang patah tadi..haha..melampau sangat ko shida..

Tok kadi muka nak serious jew kan..memang terbaik la..Alhamdulilah dengan sekali lafas saja Nor Akillah Yaacob telah sah menjadi isteri Azam Hakimi. 

Baju : My Mom wedding dress _vintage!!
Make up: By Me_Belasah pkai..haha
Bunga : hand made some goes with hantaran_terer gak kakak aku ni
Nebes yea kak??
Sessi Tok Kadi berlawak dengan Bakal Pengantin
Amik Nafas

Sah sebagai Suami Isteri




XOXO
Shahidayaacob

Her Wedding..Part 1 * Sebelom Nikah*

Apa kabarin Semua..

Semenjak dua menjak asyik communicate dengan orang indonesia, aku dapat rasa perubahan bahasa aku yang agak ketara..hehe..tapi still seronok..Bisa diguna pkai yaaaaaa...

Anyway, My only sista Nor Akillah Yaacob dah pown selamat menjadi isteri orang..huhu..oh tidak, kakak ku telah dicuri. So kelibat dier kat rumah Country Homes dah tak ada. Kalu tak, ada orang sudi masak kan untuk saya..huhu..

Dier selamat menjadi isteri orang pada 16 March 2012. Eh now dah 10th April shida...haha..Boleh tak lupa nak buat entry pasal ni..haha..janji  buat dari tak buat langsung..

Perasaan yang aku rasa bila kakak sah bergelar isteri orang *lega,sedih,syahdu mahdu,gembira* 

LEGA coz akhirnya persiapan selama berbulan2 akhirnya selesai tanpa da halangan..terima kasih ALLAH.
SEDIH coz kakak saya akan pergi meninggal kan saya..for sure kena ikot suami kan..huhu
SYAHDU coz tak sangka kakak saya sudah menjadi isteri orang dalam beberapa minit..
GEMBIRA coz saya dapat abg ipar dan moga2 cepat dapat anak buah..tak sabar nak jadi mak ngah..hehe

Apa2 pown CONGRATS yea kakak ku!!!

Walupown simple, tapi sangat best coz rasa cam hari raya,haha.. sebab utama ialah kerna saya bisa berjumpa dengan sedara mara yang hanya akan berjumpa setahun sekali..huhu..Memang rasa gembira sangat2..Thanks sudi datang..huhu.. Appreciate sngat..

Picture before menjadi isteri orang..huhu...with all my 'Gila2' cousins except nana..huhu

Love this pic walaupow nampak saya besar dari kakak..huhu
Mengedik

With her angels
Khusyuk
Cousin ku yang chumel sangat
Along yang Gila2...still tak berubah..


Saya berjaya tangkap bunga..so lepas ni saya la pulok..haha
*awatnya hang gatai sangat ni* 
*heart* 

XOXO
Shahidayaacob

Thursday, March 29, 2012

Weird Incident.......*mysterious*

Assalamualaikum & buongiorno!!!

hari ialah hari rajin saya untuk mengupdate blog..hehe..alhamdulilah sempat gak mencuri masa waktu berkerja..Betul2 perkerja yang berwibawa..haha..boss dapat taw habis laa..=.=

Kejadian pelik ni berlaku pada malam semalam, keluar makan besama dengan tersayang..tak taw apa yang dier pkir sangat sampai naik kereta lupa something  yang gila important. * u will know after this..

Menuju ke lokasi tempat makan dengan selaju boleh because perut dah berkeroncong dengan nada yang sangat la kuat. Ok sampai lokasi tempat makan malam yang sangat 'romantic'.. So cari tempat parking yang baik punya.. Dengan pantas keluar kereta nak g makan...dah bau Char keow teow dah ni..bila time dier nak keluar kereta..suddenly kuar ayat

"Mana selipar i lagi sebelah?" 
*sambil mencari kat bawah seat dier..sampai ke luar kereta*

Dengan wat muka mengelabah & blurr dier bertanya dengan harapan akan dapat balik selipar dier, tapi apa yang aku balas,gelak tanpa henti2...hahaha..

"seriuosly tak jumpa? u letak mana?"
*bertanya untuk menunjukkan sikap risau & prihatin*

" U sorak kan yea kasut i, bagi la balik, lapar dah ni"

"eh sorry skit i nak sorok kan, Masa bila plak tangan i sampai nak amik selipar u, dah la belah kanan, kalu belah kiri maybe la"

Hahaha..yang paling tak tahan bila tngok muka dier yang nak nangis..haha..tu la buli lagi i, nak tinggal i kan tadi.. haha.. so rasakan!!

Nak tak nak kena la cari kedai..tak kan nak g makan tanpa selipar..FAILED!!

Yang paling best banyak plak kedai dah tutup. Mana tak dak pkul 10 kowt..Finally jumpa kedai yang open 24 hours. Nasib baik taw..

Dapat la hawak selipar baru malam tu kan..hehe..kelakar la u ni..hadoyai...senak perut gelak sepanjang perjalanan cari selipar..sorry k sayang..i bukan sengaja nak gelak kan u..huhu..

Yang misterinya..DIMANAKAH SELIPAR AWAK??


Muka nak bergambar & fokus pada jalan..
XOXO
Shahidayaacob

Friday, March 16, 2012

Teaser : Her Wedding *heart*

Sempat lagi bergambar,walaupown orang blakang dok busy..haha

XOXO
Shahidayaacob