My photo
Bila otak dah penuh dengan benda yang nak ditulis.. Disini bermula nya karangan cerita yang panjang lebar..ngeh ngeh

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #26

Wordless Wednesday #26
We Go Wild


* Trying hard to not upload this picture.. tapi apakah daya...hak hak

Sunday, September 9, 2012

Sesi Mengemok kan Badan!! fuhhhh

Nama entry dah macam menyeramkan..gulp...

Tapi hakikatnya memang betoi.. Masa puasa berat badan turun 5 kilo..Time raya terus naik 2 kilo..Walupown 2 kilo, tapi taw tak betapa seksanya nak turunkan 2 kilo tuuu... Dia akan ketara kat pipi.. tang perut tak yah cakap la, dah cover macam mana pown akan menyerlah gak 'keanggunan' dia. =.=


Jumaat malam mengemok kan badan di Steamboat Che Kiah..memang terbaik lah. Murah pown murah, 18.80 per person, kalu tak silap lah..termasuk air sekali yea..hehe.. then makan sampai tak boleh bangun, Sampai pak cik kedai tanya...Ni boleh bangun kea tak..hak hak..

On the same time rasa happy sangat coz my yemmm, cik sheryn dah mula berhijab.. Sangat sumel & ayu awak sayangg. Alhamdulilah..

Muka lepas balik kerja
Konan ayu, hakikat minyak dok letup2..dok tahan tangan dari kena minyak..Sekian


Habis makan dalam pukul 9 lebih, then lepak rumah wani, di hidangkan dengan Ferraro Roche plak...gulp... Ok malam tu naik 1 kilo..hak hak

Apa2 pown, nak wish Gud luck to Wani yang akan continue her study kat UITM Shah Alam. To all my yeemmm, I LOVE YOU!! Sumpah tak tipuuuu...

Hari ahad plak, kami menyerang rumah Cik Tasya yang kecik molek ni. Kami bila berjumpa tak sah kalu tak amek gambar.. So dalam beberapa jam berlambak gambar kitaorang dah berjaya snap.. lepas makan lagi gagah la bergambar kan..Perut dah kenyang kan??

Dan dalam2 banyak gambar tu memang aku jew yang akan merosak kan gambar..haha..sorry korang.. rasa seronok plak wat muka aneh2..

Muka 'saka'.. Muncul tanpa di sangka..
Ok pic yang seterusnya berjaya kawal mimik muka..Kowt la..

adik & kakak..lalala
Muka dilabel sebagai kakak tiri..erkkkk
Our Family Portrait
To intan, Welcome to our crazy familyzz..yes!!
Vespa photoshoot

Ksian intan, Hope tak takot nak hangout ngan kami lagi, hehe.. Kami semua memang cam ni, tapi hati baik..Sangat!!!

2008-2012
Fasyalyshira, Wish kita akan bersama walaupown 2 orang akan menamatkan zaman bujang diorang tahun ni. Memang rasa sedih & nak nangis, Tapi nangis coz happy sngat2..

Next tak taw la giliran sapa plak kan..between tsya, faha & shida...haish..ok bye~~

Tahan nafasa sambil mengawal pipi

XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, August 29, 2012

Beraya dengan Mereka

Salam,

Rasa cam lama gila tak mengupdate..ntah kenapa hari ni tetiba rasa cam nak update story. Maybe perasaan malas tu keluar beraya jap..hak hak

Raya tahun ni kami beraya tanpa nenek tercinta. 2nd day of raya baru dapat lawat nenek.. huhu.. Maaf kami lambat datang :(

perjalanan penuh cabaran nak berjumpa nenek
Selepas setel buat kenduri arwah & tahlil on 3rd day of raya, Malam tu jugak kami ada naluri nak berjalan melawat binatang di Zoo. Apa lagi bila dah dapat green light dari family, terus gerak menuju ke taiping.. Night Safari

Memang best la dapat jumpa binatang di waktu malam. Semua hyper tak ingat dapat berjalan. Lepas kena sergah dengan harimau kumbang baru tau nak diam. Jalan pown berpegang tangan..hak hak..sangat chumel..

Thanks To  my abg ipar yang Drive & belanja kami makan Megi Goreng.. Bawak adik2 berjalan katanyaaaaaa
Nampak tak muka puas dapat jumpa sedara..hoho
Tiket kami berjaya dijadikan kenangan
Beraya di kampung Abah dulu sebelum pulang kew rumah ku syurga ku..Rawang nantikan ketibaan ku..Windu2.. Windu nak tersekat dalam jem =.=
Sibuk gak budak belakang tu nak join
Anuar Gila...
Lepas Pulang ke rawang..Beraya plak dengan si dojes2 sekalian..Memang Awesome la dapat beraya dengan mereka..Rasa usus perut ni kecut coz gelak x henti..

Awesome!!!
Happy dapat makan laksa Asma..Sodap!!
Esoknya kami bantai beraya dekat Sg. Gabai.. Kami start mandi pukul 9 lebh..AM taw.. Sampai demam2.. hak hak..Bukan selalu kan buat benda pelik2, so tahun ni kita wat laaa

Muka Tak Sabar nak Mandi..jom2
With Dojes yang super Awesome~~
Ok dah penat mandi, kami memenatkan lagi badan dengan memeluhkan badan di Taman Metropolitan Kepong!! Yeay~~

Duduk sambil bergambar memang hobi kami.. Nasib baik tak panas sangat time tu..huhu




Pic last tanpa cik Wani..huhu..ada orang culik dia dari kami...huhu.. Sedih nya..So tinggal lah kami bertiga..

What a Day..Penat tapi sangat Happy. Thanks My sayang2.. Nanti kita plan lagi aktiviti extreme yea. Panjat Bukit kea, Wall climbing kea..yeay!!!

XOXO
Shahidayaacob

Sunday, July 22, 2012

Ramadan 2012

Salam Ramadhan untuk semua...

Alhamdulilah, bulan yang dinanti2, bulan yang penuh dengan rahmat akhirnya tiba. Walaupown tak dapat sambut ramadhan macam dulu.. Dapat Bersahur ngan family, Berbuka dengan family, Cari baju raya ngan mama.. huhu


On the same time still bersyukur dapat menyambut bulan puasa lagi.  Terima kasih allah. Kelainan tahun ni yang terasa sangat bila nenek tiada bersama kami. Kalu tak dulu, selalu order makanan best2 dekat nenek.Nak pau la, Roti canai la, Murtabak la. Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Still teringat tahun lepas , Sempat mintak nenek buatkan pau. Tapi nenek dah tak larat on that time..terngiang2 kata dia, ''Nenek tak larat nak buatkan'' huhu.. jangan nangis shida, ko puasa

Permulaan Bulan ramadhan dapat balik kampung, Memang satu permulaan yang sangat2 bermakna bagi aku walaupown hanya untuk 2 hari, Tapi tanpa kakak & Kamal. huhu. Apa boleh buat kakak dah bersuami, Kamal still terikat tanpa tali dekat labuan..huhu

1st day puasa, terus pergi melawat kubur nenek. Sedekah kan al fatihah & bacakan yasin. Semoga roh nenek tenang di sana. Kami sambut bulan ramadhan tanpa nenek buat pertama kali :(


Petang tu sempat kan diri untuk terjah bazar ramadhan.. Memang seronok la kan dapat melihat pelbagai makanan yang dijual..perghhh..tapi sila kawal nafsu.. Akhirnya berjaya membawa balik rangka ayam untuk berbuka.. berjaya kawal nafsu Hak Hak

Muka tahan panas
Sempat lagi menghalang laluan orang


Memang sedih sangat nak balik KL, rasa nak duduk sana terus..huhu.. tengok wajah mama yang mengharapkan anak2 dan suami ada untuk berpuasa bersama. ++ kamal yang dah ntah bila boleh balik cuti..huhu

Apa boleh buat, ida kena balik jugak mama, kita jumpa raya yea. Walaupown hati berat tapi gagah kan jua. huhu.



Cousin & wan tersayang
terserlah kecerian di wajah mereka

Mama time ni dah gerak dengan pantas pergi parit buntar, Nak beli tiket untuk abah balik. Haish..tak sempat nak snap pic bersama mama..huhu..tak pew. Tiap minggu ida call mama ok. Mama jangan sedih2, ida akan sentiasa sokong & sayang mama. for sure la kan..hik hik


P/S: tudung sama, lalala.. Nampak sngat malas nak bawak tdung lain..lalala..


XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, July 18, 2012

Thanks Sayang

Ahhhhh kenapa mood malas datang ni..tapi nak membebel gak..hak hak...

Minggu ni memang banyak kejutan dari my dojes2 yang tersayang..huhu..thanks to my besties yang sudi datang jumpa direct kat office. huhu..terharu sangat-sangat korang..

1st day my best friends dari kolej datang singgah office.. Thanks taw Laily & Lina.. walaupown sekejap tapi rasa rindu tu lepas gak la.. tu yang peluk kuat2..sakit tak? See betapa gagah nya saya..XD

2nd day my best friends dari skola..perghhhh.. memang rasa seronok la dapat jumpa mereka 2 hari berturut walaupown orang lain2..hehe.. Gelak tak ingat la kan,dari start jumpa sampai balik.. rompong pipi saya ketawa tahap maximum..keluar susuk ha..hadeii

Sumpah sweet asma edit..yeay!!!
2 Jam bersama mereka
Gambar banyak di snap, tapi ni jew yang sempat saya surik kat FB mereka..hehe..dan macam biasa saya banyak mengspoil kan gambar..hak  hak

Suprise sangat-sangat bila dapat 1 call yang memang tak disangka2 malam tadi.. Ingat mimpi, cuak gak nak angkat..Tergamam jap..On that time terus nangis.. dapat cakap 15 minit jew..huhu..sedihnya..erm

Rasa cam banyak nangis dari bercakap..huhu..memang tak dapat kawal perasaan.. Thanks for your support. Good luck dekat sana & jaga diri yea.

Saat yang paling ditunggu telah tiba, akhirnya dapat balik kampung untuk sambut puasa bersama dengan family tercinta. Yeay dapat jumpa my mama..sumpah ida rindu mama sangat2. 1st things ida akan buat peluk & cium pipi mama..huhu..then baru nangis..hehe..Tak sabarnya tunggu hari jumaat..

Alhamdulilah banyak benda best jadi minggu ni. Thanks Allah. Segalanya benda yang tak dijangka. rasa dunia ni indah sekejap.

P/S: ha ni konon orang yang mengalami mood malas nak taip..tapi panjang gak taip cerita. ce bayangkan bila dalam mood nak membebel. Mau dah jadi cam novel..haha

XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, July 11, 2012

Weekly Summary Story #1

Pergh minggu yang penuh dengan dugaan. Nasib baik ada mama & kawan yang memberi sokongan padu & semangat. cewahhhh

Nak kata tiap hari mama call, tanya keadaan.. hehe, rasa makin rindu plak kat mama..huhu, Hope dapat balik kampung jumpa Family...Aminn..

Dah la dalam keadaan memulihkan diri dari sakit, Dapat plak berita yang pelik semalam..kus semangat

Semalam mama call, suara dok risau,. ok hati dah cuak.. Apakah? Mama tnya,

'Dengar tak berita Kamal dah tak da??'

HAAAAAAAAAAAA...terus nangis.. eh nanti belom sure lagi..huhu..dengar benda ni dari mulut kawan2 dia.. Pihak atasan tak bagitahu pape lagi

Tak tahu la sama ada betoi kew tak..Cuba kawal diri. Kalu betoi memang terkejut sngat2 coz baru semalam dia mintak topup..huhu..Call tak ada orang angkat, kalu mesej for sura la kan..tak berbalas

Malam tu abah call pegawai Labuan tanya sama ada berita  ni betoi kew tak..Erm.. Selagi tak tahu kebenaran, memag hati x tenang. Paling takot bila phone berbunyi. Berharap tak ada berita buruk..huhu..bayangkan kawan2 dia dok call tanya betoi kew tak..

Alhamdulilah kamal Sihat, Just excident sikit masa nak pergi kerja..huhu..kamal2.. Lepas dia call abah, then mama baru la dia call kakak dia yang dah nangis bagai nak gila ni..

"wey aku ok la, baru kuar wad, enset aku member aku pegang''
" ko ok tak? Teruk Tak? Aku dah nangis kowt"
 " Aku ok la, Just luka dalaman skit jew, kereta tu salah tak bagi signal"
"Kenapa kawan2 ko jahat sngat erk?"
" Mana la aku tahu, bukan aku pegang Enset"

Fuhh tenang jap dapat dengar suara adik sendiri..huhu..Jangan la buat cerita cam ni, Kamal tu jauh, nak tahu punya la payah.. Kepada kawan2 kamal yang bg mesej cam 2.. Memang anda sangat kurang hasam,.huh!!! Thats not funny, ni hidup mati gila kew buat main!!!

" kamal ko jaga diri kat sana, Before nak buat apa2 tolong pikir mama abah"
"ok2 aku ingat la"
"aku tak nak dah dengar benda2 cam ni. Kitaorang semua sayang kat ko"
" Ok2"

Penat aku bebel ko balas tu jew..huh!!! Bertuah punya adik, Alasan sakit perut tiba2..hayaya

Muka copy Paste
Pagi tadi masa ngah gagah mendaki tangga nak menuju tempat kerja. Ada 1 indian Girl lalu sebelah. Sweet sangat berbaju kurung. Tiba2 dia behenti & bertanya

" Kain I pakai jarang sangat kew?"
" Ha? cuba u jalan depan skit.........ok X jarang "
" Sure, Coz i rasa macam jarang sangat"
" hehe, No lah.. Nice kurung anyway"
" Thanks.."

Tergamam jap. Kalu orang melayu tanya macam tu ok lah. ni Indian..huhu

Selalu nampak Malay Girl pakai baju jarang, or kain jarang, jalan dengan bangga macam nothing happen..erm.. Bila pakai baju kurung. Please la wear inner or kain dalam. Ini saya nasihatkan kat diri sendiri gak. Coz kekadang terpakai kain jarang tanpa kain dalam..huhu..Hanya sedar bila ada orang tegur..If sapa2 jumpa sila lah tegur cepat2 yea..thanks..huhu


XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, July 10, 2012

A Twist of Fate

Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, Biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku,
Walau jauh mana, meskipun lama mana, sehebat mana pun penganti nya
Andai sudah tersurat kau milik ku, Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti.. 
Amin...
Dia
Love Game
  p/s : Curi ayat orang..haha..Thanks Bro!!
XOXO
Shahidayaacob