My photo
Bila otak dah penuh dengan benda yang nak ditulis.. Disini bermula nya karangan cerita yang panjang lebar..ngeh ngeh

Wednesday, October 31, 2012

Harapan Setinggi Gunung



Haha..Tajuk tak tahan...jangan nak tinggi sngat la shida...
Sometime seronok gak wat benda yang di luar jangkaan..
Rasa nikmat dia.. Rindu suasana Parit Buntar, Mama & Wan..huhu


Cari apa yang best kat gambar.. Hak hak

Thanks to korang yang gila support shida.. Terharu gila!! 1st time rasa balik kampong tak penat..
Maybe coz gilir2 bawak keta..so tak rasa penat sangat. Kalu tak pinggang ni rasa cam hilang kawalan kowt...Nasib baik..Fuhhh

For Mama & Abah.. Doakan yang terbaik untuk ida ok..
Aminn :)


Ya allah permudahkan lah jalan bagi hamba mu ini..
:')

XOXO
Shahidayaacob

Tuesday, October 9, 2012

Thursday, September 27, 2012

Weekly Summary Story #2

Minggu yang penuh dengan kejutan..Yea kew?? macam tak jew. 

This week wan & mama balik Rawang..heeeeeeee. So memang seronok la dapat rasa masakan dari air tangan mama. Perghhh makin besar la badan bila sekali makan 3 kali tambah. hak hak

Thanks to mama yang masak sngat sedap. Sampai anak dara dia makan berkali2 tambah...Dah la on diet. but its ok berat dah turun 2 kilo *wink wink.. Seksa tengok orang makan sedap2, tapi aku dapat telan air liur jew..huhu..Nasib ko la shida...

Terjah rumah mak long, dikejutkan dengan something yang mengembalikan kenangan kitaorang waktu kecik2...guest what??


Awesome kan?? motor yang wan aku pakai since dia muda..Fuhh memang terbaik.. Motor nilah yang aku lenjan bawak sampai masuk parit..haha..kalu ingat balik rasa nak gelak. Ni lah motor paling direbuti oleh cousins mousin aku.. Sapa dapat kunci dia yang bawak..haha

Motor ni dia pelik skit bila  nak start, Oleh kerana tak reti nak start tapi niat di hati meronta2 nak bawak, So solutions dia *trink! Suruh adik tolak..haha..then masuk gear, ha baru hidup.. tapi nak tunggu dia hidup tu memang sempat mengah la adik menolak..hak  hak

Dah dapat bawak memang seronok tak ingat, Rasa dunia aku yang punya. Memang aku yang punya la kan sampai masuk parit. On that time memang gila blank otak. Motor dalam parit tapi nak bgtaw nenek takot kena marah. So nak dekat magrib gak la baru balik bgtaw motor masuk parit.. Hak hak

Pak cik - pak cik yang nak g sembahyang magrib la yang datang menolong.. Nasib baik. Nenek ngan kain batik dia berlari pergi tengok motor. Masa tu memang wat muka paling chumel & innocent jew la..Berharap tak kena marah.

Memang tak kena marah.. Alhamdulilah tapi kunci motor memang kena sorok la.. Punah harapan nak curi2 bawak..Sebagai denda, Esoknya basuh motor wan sampai berkilat..huhu

Wan malu2 plak

Nampak cantik sangat motor ni bila dah g repair. Now dah boleh pakai balik..heeeeeeee ok pas ni leh bawak wan jalan2..

Semalam dapat kawan baru yang sama nama..yeay!! tapi dapat taw something yang tak best plak. Rasa time tu dunia ni gila gelap.. Luka lama berdarah balik. Susah betoi bila kenal ngan orang yang kuat tipu ni, Ayat tak nak manis kan bila mengayat. Tapi ni jadi pengajaran tok lebih berhati2..Apa pown thanks to her sebab reveal semuanya. Kalu tak sampai kesudah bodoh2 kena tipu.

Dah sepetang mengurung diri dalam bilik, adalah sorang hamba allah ni datang bawak g jalan2 & tengok wayang. Sampai sesat2 la nak balik. hoho..Seronok mengumpat orang kan, tu la padahnya..XD

Muka menunggu orang yang sesat jalan..haha
 Berjaya tengok Resident Evil Retribution..Perghh dari mengantok terus bulat mata. Sapa ada lemah jantong dinasihatkan bawak bersama pil2 anda yea. Citer ni memang bagi effect yang sngat awesome..banyak kali gak la main tutup mata tengok zombie dia. Berharap citer ni tak akan habis.


Thanks hawak bawak saya g tengok wayang & wat saya tersenyum balik.Tapi still tunggu my cheese cake taw..hahaha..

Bila nak balik rumah, Sempat tengok kiri kanan untuk memastikan tiada zombie..hak hak..Tengok sampai nak balik rumah pown berwaspada. bukan berwaspada ngan negro, tapi zombie..hak hak..Sampai mimpi berlawan ngan zombie. kuat betoi pengaruh dia..hayaya..jangan nak zombie sangat la shida hoiii



XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #26

Wordless Wednesday #26
We Go Wild


* Trying hard to not upload this picture.. tapi apakah daya...hak hak

Sunday, September 9, 2012

Sesi Mengemok kan Badan!! fuhhhh

Nama entry dah macam menyeramkan..gulp...

Tapi hakikatnya memang betoi.. Masa puasa berat badan turun 5 kilo..Time raya terus naik 2 kilo..Walupown 2 kilo, tapi taw tak betapa seksanya nak turunkan 2 kilo tuuu... Dia akan ketara kat pipi.. tang perut tak yah cakap la, dah cover macam mana pown akan menyerlah gak 'keanggunan' dia. =.=


Jumaat malam mengemok kan badan di Steamboat Che Kiah..memang terbaik lah. Murah pown murah, 18.80 per person, kalu tak silap lah..termasuk air sekali yea..hehe.. then makan sampai tak boleh bangun, Sampai pak cik kedai tanya...Ni boleh bangun kea tak..hak hak..

On the same time rasa happy sangat coz my yemmm, cik sheryn dah mula berhijab.. Sangat sumel & ayu awak sayangg. Alhamdulilah..

Muka lepas balik kerja
Konan ayu, hakikat minyak dok letup2..dok tahan tangan dari kena minyak..Sekian


Habis makan dalam pukul 9 lebih, then lepak rumah wani, di hidangkan dengan Ferraro Roche plak...gulp... Ok malam tu naik 1 kilo..hak hak

Apa2 pown, nak wish Gud luck to Wani yang akan continue her study kat UITM Shah Alam. To all my yeemmm, I LOVE YOU!! Sumpah tak tipuuuu...

Hari ahad plak, kami menyerang rumah Cik Tasya yang kecik molek ni. Kami bila berjumpa tak sah kalu tak amek gambar.. So dalam beberapa jam berlambak gambar kitaorang dah berjaya snap.. lepas makan lagi gagah la bergambar kan..Perut dah kenyang kan??

Dan dalam2 banyak gambar tu memang aku jew yang akan merosak kan gambar..haha..sorry korang.. rasa seronok plak wat muka aneh2..

Muka 'saka'.. Muncul tanpa di sangka..
Ok pic yang seterusnya berjaya kawal mimik muka..Kowt la..

adik & kakak..lalala
Muka dilabel sebagai kakak tiri..erkkkk
Our Family Portrait
To intan, Welcome to our crazy familyzz..yes!!
Vespa photoshoot

Ksian intan, Hope tak takot nak hangout ngan kami lagi, hehe.. Kami semua memang cam ni, tapi hati baik..Sangat!!!

2008-2012
Fasyalyshira, Wish kita akan bersama walaupown 2 orang akan menamatkan zaman bujang diorang tahun ni. Memang rasa sedih & nak nangis, Tapi nangis coz happy sngat2..

Next tak taw la giliran sapa plak kan..between tsya, faha & shida...haish..ok bye~~

Tahan nafasa sambil mengawal pipi

XOXO
Shahidayaacob

Wednesday, August 29, 2012

Beraya dengan Mereka

Salam,

Rasa cam lama gila tak mengupdate..ntah kenapa hari ni tetiba rasa cam nak update story. Maybe perasaan malas tu keluar beraya jap..hak hak

Raya tahun ni kami beraya tanpa nenek tercinta. 2nd day of raya baru dapat lawat nenek.. huhu.. Maaf kami lambat datang :(

perjalanan penuh cabaran nak berjumpa nenek
Selepas setel buat kenduri arwah & tahlil on 3rd day of raya, Malam tu jugak kami ada naluri nak berjalan melawat binatang di Zoo. Apa lagi bila dah dapat green light dari family, terus gerak menuju ke taiping.. Night Safari

Memang best la dapat jumpa binatang di waktu malam. Semua hyper tak ingat dapat berjalan. Lepas kena sergah dengan harimau kumbang baru tau nak diam. Jalan pown berpegang tangan..hak hak..sangat chumel..

Thanks To  my abg ipar yang Drive & belanja kami makan Megi Goreng.. Bawak adik2 berjalan katanyaaaaaa
Nampak tak muka puas dapat jumpa sedara..hoho
Tiket kami berjaya dijadikan kenangan
Beraya di kampung Abah dulu sebelum pulang kew rumah ku syurga ku..Rawang nantikan ketibaan ku..Windu2.. Windu nak tersekat dalam jem =.=
Sibuk gak budak belakang tu nak join
Anuar Gila...
Lepas Pulang ke rawang..Beraya plak dengan si dojes2 sekalian..Memang Awesome la dapat beraya dengan mereka..Rasa usus perut ni kecut coz gelak x henti..

Awesome!!!
Happy dapat makan laksa Asma..Sodap!!
Esoknya kami bantai beraya dekat Sg. Gabai.. Kami start mandi pukul 9 lebh..AM taw.. Sampai demam2.. hak hak..Bukan selalu kan buat benda pelik2, so tahun ni kita wat laaa

Muka Tak Sabar nak Mandi..jom2
With Dojes yang super Awesome~~
Ok dah penat mandi, kami memenatkan lagi badan dengan memeluhkan badan di Taman Metropolitan Kepong!! Yeay~~

Duduk sambil bergambar memang hobi kami.. Nasib baik tak panas sangat time tu..huhu




Pic last tanpa cik Wani..huhu..ada orang culik dia dari kami...huhu.. Sedih nya..So tinggal lah kami bertiga..

What a Day..Penat tapi sangat Happy. Thanks My sayang2.. Nanti kita plan lagi aktiviti extreme yea. Panjat Bukit kea, Wall climbing kea..yeay!!!

XOXO
Shahidayaacob

Sunday, July 22, 2012

Ramadan 2012

Salam Ramadhan untuk semua...

Alhamdulilah, bulan yang dinanti2, bulan yang penuh dengan rahmat akhirnya tiba. Walaupown tak dapat sambut ramadhan macam dulu.. Dapat Bersahur ngan family, Berbuka dengan family, Cari baju raya ngan mama.. huhu


On the same time still bersyukur dapat menyambut bulan puasa lagi.  Terima kasih allah. Kelainan tahun ni yang terasa sangat bila nenek tiada bersama kami. Kalu tak dulu, selalu order makanan best2 dekat nenek.Nak pau la, Roti canai la, Murtabak la. Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Still teringat tahun lepas , Sempat mintak nenek buatkan pau. Tapi nenek dah tak larat on that time..terngiang2 kata dia, ''Nenek tak larat nak buatkan'' huhu.. jangan nangis shida, ko puasa

Permulaan Bulan ramadhan dapat balik kampung, Memang satu permulaan yang sangat2 bermakna bagi aku walaupown hanya untuk 2 hari, Tapi tanpa kakak & Kamal. huhu. Apa boleh buat kakak dah bersuami, Kamal still terikat tanpa tali dekat labuan..huhu

1st day puasa, terus pergi melawat kubur nenek. Sedekah kan al fatihah & bacakan yasin. Semoga roh nenek tenang di sana. Kami sambut bulan ramadhan tanpa nenek buat pertama kali :(


Petang tu sempat kan diri untuk terjah bazar ramadhan.. Memang seronok la kan dapat melihat pelbagai makanan yang dijual..perghhh..tapi sila kawal nafsu.. Akhirnya berjaya membawa balik rangka ayam untuk berbuka.. berjaya kawal nafsu Hak Hak

Muka tahan panas
Sempat lagi menghalang laluan orang


Memang sedih sangat nak balik KL, rasa nak duduk sana terus..huhu.. tengok wajah mama yang mengharapkan anak2 dan suami ada untuk berpuasa bersama. ++ kamal yang dah ntah bila boleh balik cuti..huhu

Apa boleh buat, ida kena balik jugak mama, kita jumpa raya yea. Walaupown hati berat tapi gagah kan jua. huhu.



Cousin & wan tersayang
terserlah kecerian di wajah mereka

Mama time ni dah gerak dengan pantas pergi parit buntar, Nak beli tiket untuk abah balik. Haish..tak sempat nak snap pic bersama mama..huhu..tak pew. Tiap minggu ida call mama ok. Mama jangan sedih2, ida akan sentiasa sokong & sayang mama. for sure la kan..hik hik


P/S: tudung sama, lalala.. Nampak sngat malas nak bawak tdung lain..lalala..


XOXO
Shahidayaacob